Isnin, 14 Disember 2015

Chalet Hotel Sport Fishing Teluk Bahang Penang

Hotel & Chalet Sport Fishing terletak di Pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Berdekatan dengan Taman Negara Pulau Pinang National Park.
Mempunyai 38 bilik.
Amat sesuai sebagai penginapan keluarga dan rombongan sekolah yang membuat lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang.



Amat bersesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti reunion, hari keluarga dan sukan. Amat sesuai sebagai penginapan keluarga dan rombongan sekolah yang membuat lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang.
Kemudahan lain ialah dewan mesyuarat dan dewan makan.
Tempat untuk BBq juga disediakan.
Tetamu boleh membeli ikan segar dari jeti nelayan yang terletak bersebelahan dengan chalet.
Pertandingan memancing boleh di anjurkan dari atas jeti persatuan, jeti kayu dan jeti USM.
Aktiviti sukaneka pantai juga boleh dianjurkan untuk kumpulan anda.
Berenang di pantai berdekatan chalet dan hotel amat tidak digalakkan kerana terkesan dengan air kumbahan dari manusia.
Jika hendak berenang dan berkelah adalah dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bot ke Pantai Muka Head ataupun Monkey Beach.
Di sana terdapat perkhidmatan sukan air dan berkuda. Juga terdapat gerai yang menjual makanan dan minuman.
Budak kecil pun dapat ikan.
Semangat nak memancing dan lupakan mereka yang pergi ke Penang Hill.
Ikan ini nelayan tu offer aku free saja.
Siapa yang rajin menyiang ikan semasa percutian?
Permandangan jeti dari pantai chalet.
Pantai Monkey Beach Muka Head.
45 minit hiking dari chalet dan hotel. 10 minit dengan bot
Aktiviti berkuda